Rabu, 11 November 2009

Pengenalan




Latar Belakang Sekolah

Sejarah penubuhan Sekolah Kebangsaan Pantai diilhamkan oleh Ketua Kampung Pantai Encik Bahar bin Bongkol pada pertengahan tahun 1952 dan sekolah ini mula beroperasi pada awal Januari 1953 dengan jumlah pelajar seramai 38 orang ( 37 lelaki dan seorang perempuan ) dan seorang tenaga pelajar. Guru Besar yang pertama ketika itu ialah Tuan Haji Ag.Ajak Ibrahim.

Sehinggalah pada tahun 1994, sekolah ini telah dipindahkan lokasinya di tempat baru iaitu tanah rizab Kampung Ranau-ranau iaitu lebih kurang 2km dari tapak lama sekolah ini. Keluasan 5.4 ekar menempatkan sebuah bangunan baru 2 tingkat , bangunan kantin dan rumah guru. Manakala luas kawasan berumput pula lebih kurang 3 ekar. Bangunan baru sekolah ini telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Dato’ Amar Sulaiman Daud pada 17 Februari 1994 . Pada tahun 2002, sekolah ini mendapat bangunan baru iaitu bangunan Prasekolah. Pada tahun 2003, rumah teres guru dibina.

Bangunan baru ini mula beroperasi sesi persekolahan pada 1 Disember 1993, guru seramai 14 orang dan kakitangan bukan mengajar seramai 2 orang. Namun sejak pemberhentian pekerja am bergaji hari pada tahun 2004 kerja-kerja pembersihan dilakukan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) secara bergotong royong. Malah pihak PIBG juga mengupah orang lain melakukan pembersihan kawasan
.





Prasekolah

Kantin